Tentang Bank Rakyat Sandbox

Sandbox Bank Rakyat ialah platform yang membolehkan kerjasama dengan pihak luar dalam membentuk masa depan kewangan Islam digital. Platform ini mempromosikan perkhidmatan kewangan beretika, menggalakkan inovasi, dan menegakkan prinsip Syariah.

Sesiapa sahaja boleh melihat gambaran keseluruhan platform Sandbox Bank Rakyat kami.

Walau bagaimanapun, untuk melihat produk API dan dokumentasi API kami, anda perlu mendaftar untuk akaun dengan Sandbox Bank Rakyat menggunakan emel Syarikat anda yang sah. Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran tidak dibenarkan dengan menggunakan ID emel individu atau peribadi.

Pendaftaran Akaun

Untuk mendaftar akaun Bank Rakyat Sandbox, anda hanya perlu lawati platform kami, pilih ”Daftar” dan isi maklumat seperti berikut:

Bahagian 1 – Maklumat Anda
1. Nama Penuh
2. Nama Paparan
3. Emel Syariakt (Sila pastikan anda menggunakan emel individu dan domain syarikat yang sah. Contoh: John@CompanyA.com)
4. Kata laluan
5. Pengesahan kata laluan

Bahagian 2 – Maklumat Syarikat
1. Nama Syarikat
2. Jenis Syarikat

Bahagian 3 – Soalan Due Diligence
1. Adakah syarikat anda pernah mempunyai hubungan kerjasama bersama Bank Rakyat?
2. Apakah bidang yang anda minati untuk bekerjasama? Sila berikan penerangan ringkas.
3. Apakah produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan syarikat anda?
4. Adakah syarikat anda mempunyai polisi dan prosedur keselamatan maklumat?
5. Adakah syarikat anda mempunyai polisi perlindungan data dan privasi?
6. Tandakan pengisytiharan.

Bahagian 4 – Terma & Syarat
Tandakan setuju untuk Terma & Syarat serta Polici Privasi, kemudian klik ”Cipta Akaun Sandbox Saya”.
Emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan untuk pengesahan. Setelah pengesahan berjaya, kamu akan proses permohonan anda. 

Kami mungkin akan mengambuk masa sehingga 3 hari bekerja untuk meluluskan akaun anda.

Sila semak folder spam atau junk mail dalam peti masuk emel anda.

Jika tiada, sila hubungi kami menggunakan borang Hubungi Kami atau ciri ”Ask Me”.

Pergi ke halaman log masuk, klik Tetapkan Semula Kata Laluan, isikan e-mel anda dan klik Hantar Pautan Tetapkan Semula Kata Laluan.

Anda akan menerima e-mel dengan pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda.

1. Kata laluan mestilah sekurang-kurangnya lapan aksara.
2. Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu huruf besar.
3. Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu huruf kecil.
4. Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu nombor.
5. Kata laluan mestilah  mengandungi sekurang-kurangnya satu aksara khas.

Secara dasarnya, kami tidak membenarkan pengguna mengubah alamat emel yang telah didaftarkan.

Bagaimanapun, jika perlu, sila hantar permohonan anda menggunakan borang Hubungi Kami atau ciri ”Ask Me”. Sila
sertakan emel semasa anda dan kami akan hubungi anda dengan Langkah-langkah seterusnya.

Yakinlah bahawa kami sedang menyemak permintaan pembuatan akaun anda secara proaktif.

Kami mungkin mengambil masa sehingga 1 hingga 3 hari bekerja untuk memproses dan meluluskan akaun Sandbox Bank Rakyat anda

Hubungi pasukan Sandbox kami menggunakan borang Hubungi Kami atau ciri ”Ask Me”. Kami akan menyemak permohonan anda dan akan bantu dalam menetapkan semula tetapan TDA anda.

Jika anda telah bersedia untuk menetapkan TFA semula, anda boleh mengikuti langkah-langkah pendaftaran TFA.

Guna telefon dan TFA sedia ada untuk akses akaun Sandbox anda. Pilih “Tetapan TFA” untuk menetapkan semula TFA anda.

Selepas menetapkannya semula, ikuti langkah-langkah pendaftaran TFA menggunakan telefon baharu anda.

Anda dibenarkan untuk melangkau tetapan TFA sebanyak 2 kali. Semasa log masuk kali ketiga, akses anda akan dihadkan dan tidak lagi dapat menggunakan pekhidmatan API Bank Rakyat Sandbox.

Untuk memulakan pendaftaran TFA, anda boleh sama ada klik ”Sediakan Aplikasi” pada halaman utama atau pilih “Tetapan TFA” melalu halaman Akaun Saya.

Masukkan kata laluan anda dan klik ”Sahkan” untuk memulakan tetapan.

Pilih salah satu aplikasi pengesahan dari senarai. Anda boleh sama ada memasukkan kod unik atau imbas kod QR
ke dalam aplikasi TFA anda.

Selepas tetapan telah selesai, masukkan kod daripada aplikasi TFA anda dan kemudian klik ”Sahkan dan Simpan”.

Umum

Platform ini dioptimumkan untuk menyokong pelayar web berikut:

  1. Google Chrome versi 57 atau lebih tinggi
  2. Firefox versi 52 atau lebih tinggi
  3. Edge versi 12 atau lebih tinggi
  4. Safari versi 10 atau lebih tinggi

Walau bagaimanapun, kami menggalakkan pengguna untuk sentiasa mengemas kini pelayar web mereka untuk kebolehgunaan yang optimum.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai platform Bank Rakyat Sandbox, sila hubungi kami menggunakan borang Hubungi Kami atau ciri ”Ask Me”. Kami bersedia untuk menjawab pertanyaan anda.

Anda mestilah pengguna berdaftar untuk melihat dokumentasi teknikal API.

Sila teruskan dengan proses pendaftaran dan pasukan operasi kami seterusnya akan memproses permohonan penciptaan akaun anda.

Sebagai Langkah kawalan keselamatan, kami telah melaksanakan polisi dimana setiap akaun pengguna akan ditukar status kepada “tidak aktif” selepas 6 bulan.

Bagaimanapun, ianya sangat mudah untuk mengaktifkan semula akaun anda dengan menukar kata laluan dan log masuk ke Bank Rakyat Sandbox.

Sila ambil maklum yang pengaktifan semula mestilah dilakukan dalam tempoh 90 hari selepas akaun anda dinyahaktifkan. 

Jika status akaun anda kekal tidak aktif selepas tempoh 90 hari tersebut, akaun anda akan mungkin dihapuskan.

Kerjasama dan "Monetization"

Mendaftar untuk Sandbox Bank Rakyat dan mengujinya adalah percuma.

Untuk bekerjasama dengan Bank Rakyat, sila hubungi pasukan operasi perniagaan kami di APISandbox.support@bankrakyat.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses langganan API.

Sandbox

Anda boleh memilih MyApps dan menambah API Baharu dengan mengklik butang API Baharu.

Isi medan yang diperlukan, pilih Sandbox dan klik Permohonan.

Untuk mengusahakan projek sebagai satu pasukan, anda boleh membuat projek dan menambah atau menjemput ahli pasukan anda ke projek itu.

Anda boleh memilih MyApps dan memohon Apl Baharu dengan mengklik butang Apl Baharu.

Isi medan yang diperlukan, pilih API yang ingin anda akses dan klik Mohon.

Yakinlah bahawa kami sedang menyemak permohonan anda secara proaktif.

Kami mungkin mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk menyemak dan membalas permohonan anda.

Sila ambil perhatian bahawa kami akan menyemak organisasi anda serta produk atau kes penggunaan yang dicadangkan.

Tidak, semua data dalam Sandbox kami adalah data ujian yang ketat dan tidak mengandungi sebarang maklumat pelanggan Bank Rakyat sebenar.

Sandbox direka untuk menawarkan hanya respons sampel yang mewakili yang mensimulasikan tindak balas pengeluaran sebenar.

Butiran Teknikal

OAuth 2.0 ialah protokol terbuka untuk kebenaran yang selamat. Pengguna perlu mendapatkan token akses untuk menggunakan API Sandbox Bank Rakyat.

Kunci rahsia API digunakan untuk mengenal pasti dan mengesahkan akaun anda. Pengguna akan diberikan kunci rahsia API selepas permohonan diluluskan.