Selaras dengan usaha pendigitalan yang sedang dijalankan di Bank Rakyat, kami telah mewujudkan perkongsian strategik dengan Touch ‘n Go eWallet.
Kerjasama ini membolehkan integrasi JomPAY, perkhidmatan pembayaran bil nasional kami, dalam Touch ‘n Go eWallet. Mulai 19 Mei 2023, lebih 20 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet akan mendapat kemudahan membuat pembayaran bil dalam apl kepada rangkaian luas lebih 10,000 pengebil JomPAY.
Semasa acara pelancaran, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, menyatakan, “Perkongsian ini merupakan langkah penting dalam perjalanan transformasi digital kami, sejajar dengan Pelan Strategik 2025 Bank Rakyat (BR25). Ia menandakan komitmen kami untuk mencapai segmen pelanggan baharu melalui platform eWallet”.
Beliau seterusnya menambah, "Peluasan perkhidmatan JomPAY Bank Rakyat pada platform eWallet meningkatkan saluran digital kami dan meluaskan akses kepada produk dan perkhidmatan kami".
Ketahui Lebih Lanjut..